Thursday, March 12, 2009

Mesyuarat Guru Cemerlang SBP 1/ 2009

Dua orang Guru Cemerlang SM Sains Labuan iaitu En. Zulkifli Zakaria dan En. Mohd Rohit Safuan telah mengikuti Mesyuarat Guru Cemerlang Sekolah Berasrama Penuh di Summit Hotel, USJ. Mesyuarat berkenaan dianjurkan oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster bermula dari 10 hingga 12 Mac 2009.

Empat orang Guru Cemerlang (Gred Khas C) juga telah membentangkan kertas yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Matematik.

Thursday, March 5, 2009

Makluman 3 - TUNDA perjumpaan (Makluman 2)

Perjumpaan semua GCWPL yang dicadangkan pada 10 Mac 2009/ 2.30 petang/ Bilik Mesyuarat, PSPN, W.P Labuan ditunda ke tarikh yang baru iaitu pada:

Tarikh: 24 Mac 2009
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, PSPN, W.P Labuan

Agenda adalah seperti Makluman 2.

Sebarang kesulitan yang berlaku adalah amat dikesali.

Terima kasih.